Tuesday, March 20, 2012

Ekosistem Hutan Terganggu PMR Geografi 2012 Bhg 2

Sambungan 2 untuk jawapan kerja kursus PMR tahun 2012, Ekosistem Hutan Terganggu ... Hmmm ... Dah lihat Ekosistem Hutan Terganggu Bahagian 1?

Sistem Ekologi

Konsep Ekosistem
Satu komuniti organisma yang berinteraksi antara satu dengan lain dan alam sekitarnya

Komponen biotik
Komponen yang terdiri daripada organisma hidup yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai.

Komponen abiotik
Terdiri daripada benda bukan hidup yant termasuk pelbagai jenis gas, air dan galian.

Kitar nutrien
Kitar nutrien ialah aliran yang berterusan unsur dan bahan kimia seperti oksigen, karbon , nitrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

Rantaian makanan
Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran satu hala.

Pengeluar
Tumbuhan yang merupakan autotrof yang boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.

Pengguna
Kumpulan heterotrof iaitu organisma hidup yang bergantung kepada pengeluar atau organisma lain untuk mendapat tenaga/makanan.

Pengguna primer
Pengguna pertama yang memakan pengeluar untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna sekunder
Pengguna kedua yang memakan pengguna pertama untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengguna tertier
Pengguna ketiga yang memakan pengguna kedua untuk mendapatkan tenaga/makanan.

Pengurai
Organisma yang menguraikan tumbuhan/organisma yang reput/mati dan mengembalikan nutrien kepada tanah.

Piramid Ekologi
(piramid tenaga)
Satu hierarki yang menggambarkan hubungan rangkaian makanan antara satu aras trofik dengan aras trofik yang lain dalam sesuatu ekosistem. Selain menunjukkan jumlah organisma dalam setiap aras trofik, piramid ekologi penting dalam menjelaskan pengaliran tenaga daripada pengeluar, penggunaan tenaga tersebut , simpanan dan kehilangan tenaga.

Teruskan ke Ekosistem Hutan Terganggu bahagian 3.

6 comments:

Anonymous said...

thx !

Anonymous said...

thanks !!!!!!!!!!!!
this is really good....

tiney ranggi said...

thankz . .skunk dah bley bwt folio dh . .hehek

Anonymous said...

Thank you so much! You've been really helpful. Semoga Allah mengurniakan pahala kepada hamba-Nya yang membantu insan lain. Ameen :)

Anonymous said...

terima kasih........
alhamdulillah dapat juga siapkan folio geografi.........

Anonymous said...

alhamdulilah terima kasih
dapat menyiapkan kerja kursus geografi

syukur

 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting