Konsep Ekologi
Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya. Mengkaji habitat organisma.Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.
Keseimbangan Ekologi
Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan. Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Cth ekosistem sungai yang mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau.
Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang berlaku dalam sesebuah ekosistem. Cth dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna.
Keseimbangan sesebuah ekosistem dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut.
Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah ekosistem yang matang.
Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.
Sambung ke Ekosistem Hutan Terganggu Bahagian 2.

5 comments:
bgs3
Terima kasih! :-)
tank u so much.... 4 help me by giving some notes... tq sis..
thankyou very much sayer dah pasak pale otak dah nak cari menda ni
Thanks a lot for the info :) Berguna sangat !
Post a Comment