Friday, March 02, 2012

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PMR 2012



Pejam celik pejam celik, dah sampai masa budak-budak form 3 berhempas pulas menyiapkan kerja kursus Geografi nih. Buat baik-baik taw. Mesti rajin tanya guru dan surf internet. Kat alam maya ni kan sumer nya ada ...



Acik dah tolong korang godek-godek alam maya ni dan dah jumpa sikit-sikit bahan untuk isi kerja kursus geografi korang tahun 2012 ni.

Ini adalah untuk Tajuk Kedua iaitu “Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor”. Untuk budak-budak Johor tapi korang yang dari negeri lainpun boley lar edit sket-sket ...

Semoga membantu meringankan beban korang, hokeh.

(Nombor 1) TAJUK :

PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MINGGU

DI PEKAN PT SULONG, BATU PAHAT JOHOR

NAMA : _________________________________

KELAS : _________________________________

SEKOLAH : _________________________________

NAMA GURU : _________________________________

TARIKH HANTAR : _________________________________

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

1) Kepada Pengetua SMK Penghulu Saat kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
2) En. ____________________ iaitu guru Geografi saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
3) Kepada kedua ibu bapa saya iaitu (nama bapa dan nama ibu) yang memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

1) Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar minggu yang diadakan pada setiap hari sabtu di Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2) Saya pilih tajuk ini kerana pasar minggu ini berdekatan dengan rumah saya.
3) Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-

1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar minggu pekan Parit Sulong.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Parit Sulong.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor.
2) Pasar minggu ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai barangan dijual seperti ________________________________
3) Lokasi pasar minggu ini ialah di pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor
4) Pekan Parit Sulong ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.

PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Parit Sulong
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk _________
3) Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi _____________
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan _____________________

Jom jadi spy pulak! Klik sini:  I am Agent77

(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian

Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.

Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
- perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.
3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
- pasar minggu ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Batu Pahat.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
- pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.
5) menyediakan barangan segar
- pasar minggu ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Unsur patriotisme

_____________________________________________________

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Governan
- Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar minggu ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini.
3) Infrastruktur
- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini.
5) Darjah ketersampaian
- lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6) Kesesuaian waktu berniaga
- pasar minggu ini menjalankan perniagaan pada hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.

Unsur patriotisme
__________________________________________

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

1. Masalah sosial
- pasar minggu ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.
3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.
4. Kesesakan lalu lintas
- masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
- kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti
- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Unsur patriotisme
__________________________________


8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga.
2. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
4. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

Unsur patriotisme

___________________________________

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.

(Nombor 9) RUMUSAN

- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.

(Nombor 10). LAMPIRAN

Surat pengenalan diri calon
Surat kebenaran membuat kajian
Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
Borang soal selidik
Gambar / foto yang berkaitan
Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet

(Nombor 11). RUJUKAN

1) Buku Teks
2) Buku Rujukan
3) Internet
4) Orang Sumber

(Nombor 11). PENILAIAN UMUM

Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan

JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Minggu Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor

1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan

Jenis Barangan


Jumlah Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar minggu pekan Parit Sulong.

Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Minggu di Pekan Parit Sulong Batu Pahat Johor (Tandakan 4 kesan utama)

Kesan


Tandakan

(x)
Masalah sosial
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Wabak penyakit
Harga tanpa kawalan
Barangan tidak berkualiti
Pembaziran (masa/wang)

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina peta minda untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Minggu pekan Parit Sulong.

Sumber: https://smkpenghulusaad.wordpress.com/. Terima kasih.

Ehem ehem .. jika korang suka ngan contoh ini, apa kata join 'klik email jer pun boleh dapat duit' untuk suka-suka jer. Suka-suka buat duit online. Heheheeee ...

51 comments:

Jia Zhen said...

Helloo kak :)
Kak ada contoh jawapan tugasan 1 (ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian) ?
Atau kak pernah jumpa contoh jawapan / panduan , bolehkah send bagi saya ? :DD
Terima kasih ya

~wan in love97~ said...

haish....saya dah naik gila ngan kerja kursus ni..... >.<

da la kena buat kajian...
serabut weh!!!

Harith said...

Terima kasih kak , ade panduan mcm ni cepat sikit boleh siap

Sabrina said...

terima kasih kak....sya harap contoh yang kak bagi nie dpt bantu sya dlm kerja kursus sya,,,,

terima kasih skali lagi ea..huhu (*^_^)

Anonymous said...

kalau tulisan dia macam mana kak

rockin' Robert... said...

bnyk giler cth mcm ni.. btw, tengs

najwa said...

acik..ade x contoh untuk soalan satu..(ekosistm hutan trganggu)..susah la soalan tu...hmm..

Anonymous said...

Wahhh.. comelnye blog ni.. terima kasih sudi membantu :D

Rozaini Jamil said...

same lahh .. saye ponn nk contoh lengkap tok S1(ekosistem hutan terganggu) .. da pecah kepala ni nk pikir ... :)

Anonymous said...

urm.salam..ada tak contoh untuk tajuk 1? nak sangat :( tq

Anonymous said...

urm.salam..ada tak contoh untuk tajuk 1? nak sangat :( tq

Anonymous said...

ghtfghghjjjgghgf

Anonymous said...

TANKZZ GILEEE KAK!!! SYE MMANG BNTU GILEEE KALAU TKDE AKAK. FUUUH TAKDE AAR FAIL LGI K.KURSUS CAM TAHUN LEPASS.

AidaPinxpinx said...

assalamualaikum....kaQ bleh x bntu sy nk cr hsil kjian tajuk 1???plisss....otak dh abis mnyak da...hurm....

Anonymous said...

assalam kak sejarah ada?tajuk kuih tradisional?

Qar-ma said...

soalan no1 ( ekosistem hutan terganggu di kawasan tempat tinggal )xde ea kak ? tlnglha cye .., nga png pale eiy ...,tq

IU said...

kak, boleh tak bagi contoh tugasan 1 ?

madyhah said...

Thanks sbab tlong kami GODEK - GODEK yer! <3

Anonymous said...

This is really helping me. Thanks. Ugh~ I'm gonna get so insane in making this Geo task. ><'

putri said...

kak..thnk for help me...tp masih tk phm lagii *sikit2 jew laa..

mieraa ;) said...

Okayy, penatt buat kerja kursus nih >< Btw, thankyou yaa ^^

MiSs HaNa said...

erm thanks kak akhirnya saya dapat juga menghabiskan kerja kursus saya ini...terima kasih banyak2

shana said...

thanks kak..
contoh ni membantu sgt...

Aafyqah DluverzZ said...

terima kaseh lha kak sbb sudi bg bnde ni and share..tp kan akk,unsur patriotisme ur ptotnye nk tulis ape..??

Anonymous said...

nak letak apa yang unsur patriotisme ?

chuya said...

thanks akk tapi unsur patriotisme nk wat ape? (?-?).tlg jwb..

Anonymous said...

Helloo kak :)
Kak ada contoh jawapan tugasan 1 (ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian) ?
Atau kak pernah jumpa contoh jawapan / panduan , bolehkah send bagi saya ? :DD
Terima kasih ya

Min Choi said...

Hello Kak~ Err.. Akak ada contoh jawapan untuk tugasan 1 (Ekosistem Hutan Terganggu @ kwsn kjian) ? Or terjumpa? Cause saya jena buat tajuk tu.. Naik gila saya.. ><

Anonymous said...

ekosistem hutan terganggu

alif najmi said...

bagai nk pecah kepala aq uat kerja kursus ni . dah larh byk ,, susah lak 2 .. atoyai ..

nAj!hAh zAkAr!A said...

wahh , sayang akak gila lha . nasib baik tergerak hati nak google nie bagai . Alhamdulillah , jumpa jugak ^^

cikgu dah naik hangin satu badan sbb satu kelas tk hantaq-2 lagi kerja kursus nie :)

thanks 1 more time :P

Carol Aeroll said...

kenapa tak ada contoh jawapan tugasan 1(ekosistem hutan terganggu) ?

Anonymous said...

im at a pay phone ekosistem terganggu takde ke???

Anonymous said...

objektif kajian kaedahv kajian dan dapatan kajian 8.2 8.3 8.4 8.5 buat dalam perenggan ke?thanks

Anonymous said...

kak ade x contoh tajuk 1??x taula nak wat camne...tq

amira said...

assalamu'alaikum,, akak, boleh beri contoh ayat bg unsur patriotisme tak saya buntu sgt. :(

Anonymous said...

saya amat berbangga dengan pemilik blog ini yang sanggup memberi panduan yang nyata kepada pelajar. semoga jasa mu dikenang. cuma kalau boleh letakkan unsur patriotisme supaya boleh dilabel sebagai blog 5 star dan terbaik untuk ilmiah. salammmmm.....

Anonymous said...

kak, u ada contoh jawapan ( EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN)tlg bagi sy akak. tlg... :)

Shazrul azri :D said...
This comment has been removed by the author.
ieyqah said...

kaq acik .. tak ada ke tajuk ekosistem hutan tergangu di kwasn kjian ??? penat lh saya cari tak jumpa" ..kalau ada bagi tau saya di fb " ieqahziziey ziziey " ye .. pliz .. tl0ng saya kak

tashya_97 said...

erm..boleh lha tolong buat tugasan 1 jugak..pening dh kepala niey..erm,,yg kt sarawak lha!!
:)

yusni said...

kak , saya nak tajuk ekosistem hutan terganggu . susah sangad tajok tuu . saya hanye nak tngok dapatan kajian . tolong kak :( bukak cuti nih da kne hantar .

myra puchong ! said...

apa maksud yang "unsur patriotisme" nak isi macam mana tu ? --"

Anonymous said...

terima kasih kak
akak banyak tolong kami
semoga akak sihat

Aanuar said...

salam....
kak bleh tolong tak???

folio ting-4.. : ekosistem terganggu di kawasan kajian....

Eyda Areda said...

as slm kak mintak tlg bgi contoh kerja kursus 2 penternakan 2013

Eyda Areda said...

as slm kak mintak tlg bgi contoh kerja kursus 2 penternakan 2013

Vin Ving said...

kak ada x contoh dapatan kajian pengangkutan awam pmr 2013 x klu ada antar bagi saya kat email ni .... vinving98@gmail.com


THANKS!!!!!!!!!!!!!

Vin Ving said...

haiii kak ada x contoh folio pmr 2013 ajuk pengangkutan awam klu ada send to my email ... vinving98@gmail.com

El-Open said...

Alhamdulillah,info macam ni amat berguna buat saya,terima kasih :D

Hykal Pr said...

bang. .takde contoh bahan grafik ke?

 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting