Friday, March 16, 2012

Babi dan Yang Sewaktu Dengannya

Erkkk ... Terkezut ke ngan topik Acik ari nih? Dah ler ari ni ari Jumaat! Ish ish ishhhh ...

Jangan ler cepat melatah. Tak bek taw ... Topik ari ni penting lar. Acik nak share ilmu nih. Jom kita amik perhatian. Mesti tahu mende2 cam gini!

Ni tentang istilah makanan yang berkaitan dengan ba alif ba ya ... atau 'bab 1' kata orang ...

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Haaaa, tu die ilmu yang sewajarnya kita tahu ... Acik amik daripada fb ... Tuannya minta Acik sharekan. Gladly, Acik share ler.

Erkkkkk ... Heheheeeee!

3 comments:

kinchnaf said...

thnks for sharing..
;)

KhaiRin : anies said...

lerd tu sy tau..yg lain2 ada penah dgr ada x

Acik Erna said...

Terima kasih acik..dah tekan like dah..biar ramai yang tau benda ni

 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting