Sunday, August 28, 2011

I'm On Leave


Heheheeee ...

Berblog pun boley on leave eh! Boley ler! I am!

Kat kampung ni! Nak enjoy ngan famili. Kasi can, k! Seminggu jer ...

Selamat Hari Raya sumer. Maaf zahir dan batin. Wait for me, I'll be back real soonnnnn! :)

Friday, August 26, 2011

Himpunan Ucapan Hari Raya


Tentunye sms serta ucapan selamat hari raya dah mula masuk, kan ... Yalah, tak sampai seminggu lagi, hari lebaran bakal datang. Debaranpun semakin kencang ... Eh, ye ke? heheheheeee ...

Thursday, August 25, 2011

Sedih dan Sayu Tetiba ...

 Jom pimpintangan.

Aihhh (tak bek mengeluh, hokey!) ... Naper lah tetiba jer sedey bertambah lak sayu ni ... Adududuuuuu ...

Wednesday, August 24, 2011

Resepi Puding Kastad Berkuah


Amaran Keras:
Acik tidak bertanggung jawab jika pose korang kurus sebab terlalu banyak menelan air liur di entri ini ... Jika korang tahan iman, sila teruskan pembacaan! :)

Tuesday, August 23, 2011

Siapa Nak Gembira dan Puas dengan Kehidupan?

 Gambar yang tiada kena mengena ngan entri - Baju raya sape ni? :)

Kat atas paling atas tuh ada brain. Ini adalah anugerah yang tak ternilai buat kita. Tapi, ianya hanya akan berfungsi dengan baik jika kita pandai membelainya, menjaganya, membajanya dan mengajarnya menjadi apa yang kita inginkan.

Monday, August 22, 2011

Sunday, August 21, 2011

Dad, I Just Saved You Twenty Bucks



Inspiring Teacher Quote

"The average teacher explains complexity; the gifted teacher reveals simplicity."
Robert Brault

Wednesday, August 17, 2011

Malam Tadi Ko Mimpi Siapa

Smalam korang tidur kol brape? Sahur korang bangun kol brape? Penat tak pose ni?


Jom Taip Laju-laju

Kalu korang boring tak taw apa nak wat, jom ikut Acik taip laju-laju. Heh hehhh, laju lah sangat! Marah miss secretary kat opis tu. Yelah, bagi Acik, dah laju lah ni ...

Mao lawan ka? I dare u! :)

56 words
free online typing test

Tuesday, August 16, 2011

Ini Anwar Hadi

I love this sooooo much! Should have found it before Ramadhan but .. better late than never!

Monday, August 15, 2011

Bom Meletop - Opocot!


Opocot! Bom apa yang meletop? Kaboommmm! Gegak gempita! Berkeliaran semuanya melarikan diri.

Friday, August 12, 2011

Peringatan Bagi Mu



Sampai masa untuk e-mail sharing! Semoga mendapat manfaat daripadanya ..

Assalaamua'laikum wr wb...........

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu dan ingin tau......(Wallahuallam)

1. Niat SembahyangSebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.Berdiri BetulFadilatnya,ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
3. Takbir-ratul IhramFadilatnya,sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4.FatihahSebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu'Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6.I'tidalAkan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. SujudMemagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 SujudAkan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat AkhirSebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
11. Selawat NabiSebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.SalamMemelihara kita di dalam kubur.
13. TertibAkan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Wallahuallam! Semoga kita di dalam lingkungan sihat sejahtera di bawah payungNya. Amin!!

Tuesday, August 09, 2011

Dulu Versus Sekarang

Semalam dok bercerita ngan makcik tentang zaman dolu-dolu. Zaman dok lastik burung ciak (Perhatian: Perbuatan ini adalah zalim. Jangan buat).

Era dah banyak berubah. Era fm, Era Fazira, Era Rashid (eh, Era Rashid kawan Acik!)

Zaman dolu, budak-budak lebih tough - fact! Budak-budak skang manja - fact! Naper? Sebab dolu, mereka banyak habiskan masa kat luar. Comot! Bergelumang dosa dan noda lumpur dan peluh. Bangun pepagi, mandi air perigi. Brrrrr, sejuk! Mana ada shower. Mana ada water heater. Engko reti ceduk air dari perigi? Perigipun engko tak pernah tengok, usahkan nak amik air daripadanya ... Dulu, mandi berkemban. Skang? (Jawab sendiri!)

Pergi sekolah jalan kaki jer. Ramai-ramai ngan jiran. Bawak bekal duit 50 sen. Tuh kira mewah taw. Ramai yang masih bawak 10 sen aje. Dapat makan kenyang kat skolah. Skang 10 sen kat celah karpet tu orang tak pandangpun.

Petang-petang main kejar-kejar. Main polis ngan pencuri. Main sembunyi-sembunyi. Jangan pandang rendah. Mainan ni sebenarnya strategi untuk hafal sifir. Bukan saja kira 1 sampai 100. Kadang-kadang kira selang 5 - 5, 10, 15, 20 ... Sekali sekala kira selang 3 - 3, 6, 9, 12, 15 .... Budak dolu-dolu pandai sifir. Pandai congak. Skang? Mengharapkan kalkulator jer lebih. Sampai masa peksa pun, kena guna kalkulator. Otak tak sekompetitif cam budak dolu-dolu! Heheheeeee ... Kata makcik Acik taw, bukan kata Acik! Engkorang tak setuju ke?

Pastu ompempuan men batu seremban. Ada jugak budak laki yang join tapi tak ramai. Mereka lebih suka men laga-laga guli. Korek lubang kat tanah dan lagakan guli ngan guli sampai masuk ke dalam lubang tu. Kira lebih kurang macam golf ler. Main congkak pun gali lubang kat tanah gak! Pakai biji getah.

Bapak buatkan senapang drp pelepah pisang. Bunyi dia pop! Betul-betul cam bunyi senapang. Tapi rupa dia macam pelepah pisang ler.  Mak plak buatkan anak patung dengan melipat sapu tangan Jadi macam patung orang-orang kat tengah bendang tu. Hokey ler, hepi ompompuan main mak-mak. Kakak tolong lukiskan doll cantik-cantik. Pakai kertas keras, pastu gunting. Pastu tekap untuk buatkan doll tu baju, kain dan seluar siap ada cangkuk untuk dipakaikan pada doll kertas tadi. Best! Lahirlah ramai pereka-pereka fesyen mengalahkan Bernard Chandran dan Jimmy Choo. Kehkehkehhhhh!

Boring main patung, masuk dapur, curi amik tepung ngan milo. Lari ke belakang umah, masak kek milo. Tak kira ler kek bantat ke hape, habes dimakan ramai-ramai. (Bakar kek pakai periuk cap buaya jer). Pastu kena rotan ngan mak sebab main api. Then, bapa beli mainan masak2, pinggan mangkuk kecik-kecik, sudu garfu kecik-kecik, periuk kecik ...

Musim hujan lak tangkap ikan laga kat parit. Cari buih ikan laga. Elak ikan masuk dalam tin ... Had a good time lagakan ikan. Ishhh, violent bebudak ni. Kesian ikan tuh.

Main rounders. Pakai kayu untuk pemukul. Tak ada bat yang dibeli kat kedai sports tu. Cari kayu pemukul kat hutan jer. Masuk ladang getah gak. Cari biji getah. Main batu seremban. Dakpun kumpul jer biji getah, tengok sape paling banyak!

Getah uratpun kumpul gak. Jalin getah urat buat main lompat tinggi. Main skipping ... Siap ada lagu lagik! Tapi Acik ingat-ingat lupa lagunya. Ada orang ingat tak?
... this is the action i can do
round and round and touch the ground.
bow to the king and bow to the queen...
(Pikir-pikir balik, sebab sumer ni lar english budak dulu-dulu lebih baik dari budak skang)

Budak yang men 'simon says' kira hebat lar! Budak bandar! Dakpun budak 'educated'! Ko tahu mainan ni?

Eh, mana pergi snake and ladder? Acikpun sempat ngan board game ni ...

Today punye budak main fb, main blog (heheheeee), computer games ... tercongok aje! Heeheheee ... Mak budak, bapak budak semua pun main ini gak! No kuar peluh! Huh!

Masa kecik, korang main apa?

Monday, August 08, 2011

Apa Ko Buat Bila Nampak Orang Eksiden


On the way ke sekolah tengahari tadi, Acik nampak sebuah lori kereta bomba dan sebuah kereta polis kat satu simpang. Siren sumer menyala-nyala ... Ninoninoooo ninoninooooo!

Kereta lain-lainpun banyak berenti. Orang ramai tok sah citer ler. Berpusu-pusu! Masa tu Acik berenti kat traffic light. Mata Acik ni sedikit rabun. Naper tu? Apa sudah jadi? Eksiden?

Acik tak nampak apa jadi sebenarnya tapi kat situ memang berbahaya. Harus ler ada eksiden tuh. Siapa lah yang malang tu? Kesian ...

Setiap kali eksiden, perasan tak kereta lalu lalang akan selow. Nak jengah gak apa yang berlaku. Selow aje tapi tak ke tepi dan berenti. Ini menyebabkan jalan jam. Lepas aje tempat kejadian, jalan terus lancar balik. Perasan tak?

Memang lah manusia ni tahap curiosity mereka terlalu tinggi. Nak tahu gak apa yang berlaku. Apa yang eksiden? Siapa yang eksiden? Teruk ke? Tapi setakat nak tahu aje ... Bukan nak tolongpun. Kebanyakan mereka ni cuma nak tahu what happen. Tak ada pulak niat nak tolong ke hape.

Kalu korang ler, masa lalu kat tempat eksiden contohnya, mesti ko ada tertanya-tanya apa dan siapa yang terlibat tu. Tapi ada tak ko tanya diri ko samada ko boleh tolong tak? Memanglah tak perlu ramai-ramai untuk tolong tu ... Nanti buat semak jer. Tapi ada tak terbit kat hati tu rasa nak tolong? Ada tak keinginan nak tolong tuh? Kalau ada, Alhamdulillah! Sejuk perut mak ko mengandungkan ko ...

Katalah ko terserempak ngan eksiden yang berlaku betul-betul kat depan mata ko. Kebetulan pulak, ko sorang jer ada kat situ, selain daripada mangsa-mangsa eksiden tu ler. Apa ko buat? Jangan tipu, pose ... dosa! Cer citer, apa ko buat?

Friday, August 05, 2011

Siapa Nak Bake Cup Cakes Paling Mudah

 Yummy ... yum yum!

Acik ni hantu cupcakes. Uhhh ... Air liur dah berjurai-jurai menitis. Hish, tak senonoh! Excuse me ... it's just that cupcakes are too delicious. I can't resist ... Owh!

Baking cupcakes ni terlalu mudah. Ops, bukan niatku nak bangga diri or mengada. Cuma nak up-kan mood so that ada semangat nak wat cupcakes. Lama dah tak buat cupcakes ni .. Nak, nak, nakkkk jugak!

Jom terai resipi Acik nih! Member sesekolah yang kasi ... This recipe makes 12 cup cakes. Cukup ler tu, kan!

Batter mixing time: 10 mins
Baking time per tray of 6 cup cakes: 15-20 mins at 160 degree Centigrade

CupCake Acik Comey:

125 gm butter
125 gm gula
125 gm tepung gandum (campurkan 1/2 tsp baking powder and 1/2 tsp bicarbonate soda)
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
2 tbsp susu (Acik guna susu tepung bancuh ngan air jer)
12 casing cup cake (Beli yang lawa tu taw)
Kalu suka – raisins, choc chips ... ikut kreativiti perut korang ler!

Memula pre-heat oven dulu ...

Pukul gula ngan butter. Acik guna butter fresh from farm. Kalu butter ko fresh from fridge, lembutkan dulu sebelum ko pukul dia. Pukul dan pukul lagi sampai jadi fluffy, kaler ala-ala kuning pucat macam orang demam kempunan cupcake. Then, boleh masukkan telur, sebiji sebiji. Jangan ko humban semua sekali gus. Gaulkan rata. Biar adil. Kasi betul-betul rata taw. Waih, pakai mixer elektrik lor. Tak derk ler lengan ko jadi kaku cam baru kuar dari freezer. Kalu ko tak ada mixer, hmmmm ... hokey, apa nak buat eh! Beli lar! Hih heheheeee ...

Tambah esen vanila. Campurkan separuh tepung gandum tu. Masukkan pulak separuh susu. Separuh jer, ada paham? Pastu baru habiskan tepung gandum yang tinggal. Akhir sekali, curahkan gak susu sampai abes. Onkan mixer kat medium speed and mix sampai semuanya sebati. Chef Wan kata sampai mesra. Sehati dan sejiwa ...

Last skali (tadi bukan ke Acik dah kata akhir sekali - abaikan yang itu, yang ini betul last, betul!) boleh ler letak raisins or choc chips or apa saje yang perut korang mintak, kan

Isikan casing ngan 3/4 adunan saje. Jangan penuh, nanti meleleh lak. Bakar dengan suhu sederhana selama 15 hingga 20 minit. Test ngan lidi. Cucuk lidi pada cake. Kalau lidi came out clean, dah masak ler tu.

Yeay, tepuk tangan sebab korang dah berjaya bake cupcake Acik Comey! Clap, clap, clapppp!

Untuk cream or frosting yang nak ditaruk kat atas cupcakes tu -
Sila usaha sendiri sebab Acik tetiba kedekut nak kasi recipe nyer .. kahkahkahhhhhh! Hokey, korang cakap Acik dah tak comey lagi ... hiks, ada Acik kesah? Ops ...

Kalu malas nak buat tapi masih merengek-rengek nakkan cupcakes gak, senang aje. Mintak ngan YM Sweet Cuppies. Sedapppp!!!

Thursday, August 04, 2011

Makan ke tu, Awak Tak Puasa ke?

Sape yang rasa-rasa gambar atas ni terlalu menggoda, cepat2 skrol down tawww! :)

Makan apa tu, Tini? Awak tak puasa ke?
Tapi cikgu ... Saya uzur ...
Ooooo ... kalu dah uzur tu, boleh ngup ngap di khalayak ramai ke? ting tong ding dong bla bla blaaaa ...

Melenting ustazah Siti (nama diubah atas permintaan ustazah yang tak mahu dirinya jadi glamer!) Tini diam membisu. Kesian pelajar tingkatan 1 ni. Dia ingatkan kalau dah datang bulan tu, boleh ler dia makan sepuas-puasnya di mana sahaja ... Tak timbul plak rasa malu ngan kawan-kawan lain terutama kawan lelaki. Kesian budak Tini nih.

Ekoran daripada kejadian ini yang berlaku long time ago, sekolah Acik terus start ngan peraturan baru untuk semua murid beragama Islam. Peraturan ini diguna pakai sampai ler ke hari ini. Waktu rehat adalah waktu untuk mengejakan solat berjemaah. Wajib bagi semua pelajar Muslim. Sementara pelajar bukan Muslim makan minum di kantin, pelajar Muslim berkumpul di surau sekolah.

Bunyi aje loceng rehat, mereka diarahkan untuk amik air sembahyang dan amik tempat di surau. Solat! Habis solat, ada sedikit tazkirah yang dibaca oleh rakan pelajar gak. Kalu masih ada masa, ustad atau ustazah akan berleter memberi nasihat tentang puasa dan sahsiah pelajar.

Pelajar puteri yang uzur juga dikerah ke surau. Duduk kat bahagian belakang surau sementara kawan-kawan yang lain bersolat. Kalu yang rajin tu, mereka bawa buku untuk baca. Ishh, anak sape ler rajin bebenar tuh? Habis solat, mereka juga akan mendengar tazkirah yang dibaca dan teguran ustad ustazah.

Ohh, bagi yang tak taw tu, Acik mengajar sesi petang. Kenalah uruskan solat zohor bebudak ni kat sekolah. Solat asar plak dorang wat kat umah sendiri sebab bulan pose ni balik awal, kul 5.30 petang (yeay!).

Harap-harap bulan baik ni, kurang ler masalah gaduh, buli .. dan yang seangkatan ngannya kat sekolah. Penat ler Acik melayan kerenah anak-anak over excited ni ... Mula ler nak merotannnn ajer! heheheeee ...

Monday, August 01, 2011

He Couldn't Possibly be Cheating

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ ★ *˚
/▌*˛˚SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
/ \ ˚ AGAR RAMADHAN TAHUN NI LEBIH BERKAT DARI DAHULU..˚

Amaran! Mercun dan bunga api adalah dilarang!


Ari ni start pose ... Sape tak pose, Acik jentik idung! Kecuali kalu ada surat kebenaran bercop mohor Yang Maha Besar! :)

Post pendek sebab baru start pose ...



 Suatu hari, pada sesi perjumpaan guru - ibu bapa ...



Teacher: Well, at least there's one thing I can say about your son.

Parent: What's that?

Teacher: With grades like these, he couldn't possibly be cheating.


Heheheeeee ... Joke saje taw!


Credit to: teach-nology.com
 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting