Sunday, July 31, 2011

The Data Has Been Deleted



50% ...

60% ...

70% ...

80% …

90% …

100% …

teetttttt!
Completed.
Dosa-dosa anda dah didelete dari hati saya. Now kita 0 - 0! (Senyum!)

Please restart diri anda for the changes to take effect. (Senyum lagi)

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan " Sikit aje lagi ... skettttt lagi! Sebentar lagi akan terubatlah rindu ... (Senyum lagi dan lagi)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Saturday, July 30, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS

Cikgu cikgi 1Malaysia sedang aktif dan busy mengkey-in markah di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau ringkasnya SAPS. Acik tak kasi link sebab Acik tak mo korang yang bukan cikgu cikgi masuk ke situ. Nanti jalan jem, syusyah ler kami cikgu cikgi nak ronda-ronda makan angin kat situ lagi.

Oleh kerna inilah di antara sebab naper Acik sekejap ada sekejap tak ada kat belog-belog korang, Acik nak citer tentangnya sket. Kami guru-guri telah diarahkan untuk key-in markah ke dalam aplikasi baru Kementerian Pelajaran Malaysia ni.



Kami yang menurut perintah. Bertungkus lumus ler kami memasukkan markah-markah secara online. Boleh dikatakan semua guru membawa lappy sendiri ke sekolah. Yelah, nak harapkan komputer sekolah, kenalah amik nombor giliran pulak.

Acik dah siapkan bahagian Acik. Dah! Betul dah! Beres! Semuanya! Heheheee ... Hokey ler. Semua kecuali satu. Dalam kelas Acik ni ada sorang pelajar baru. Jadi Acik tak dapat masukkan markah TOV dan ETR nya (tak yah explain ler apa mendenya ni, cikgu cikgi mesti taw punya) sebab Acik key-in kat umah. Data tu tak ada pada Acik. Jadi, Acik save dulu yang dah dibuat. Esoknya Acik sambung kat sekolah. Amik markah budak baru tu dan kemaskini data. Sorang jer. So, cepat lah siap kerja Acik. Tapi malang seribu kali malang, bila Acik tekan 'Save' kat bawah tu, semua TOV dan ETR yang Acik terbongkok-bongkok isi semalam poof ... hilang begitu saja. Arghhhhh ... What happened? What d hair! What d fun! Arghhhhhhh ... Pengsan aku!

Dah lah spent berejam-jam nak siapkan isi markah tu semalam. Hari ni, dia main hide and seek ngan Acik plak. And, Acik tak jumpa-jumpa dia hide kat mana. Where are you, markah? Huks! Sedey ... Marah ... Sayu ... Ayu ...



Nampak kat atas tu. Sepatutnya dah dimasukkan 39 markah TOV dan ETR. Tapi naper jadi O? Huwaaaaaa ... Perlukah Acik mengamuk skang? Tumbuk lappy ni skang? Atau hantuk kepala ke dinding? Huwaaaa! Huwaaaaa!

Tak apa, sabar! (Urut dada) Pelan-pelan ... Boleh buat semula ni. Hoi, memang kena buat semula lah tu. Hah, buat, buat! Apa tunggu lagi?

Acikpun mula ler isi semula markah tu selow-selow. Sambil tarik nafas panjang-panjang. Sabar! Seb baik Acik aktifkan 'memory' ke hapa dorang panggil mende ni, alaaa ... cam dalam gambar kat bawah ni. Acik klik jer kotak tu, kuar balik apa yang Acik dah taip kat situ sebelum ni. Sangat memudahkan kerja Acik. Tak payah Acik refer kat senarai markah kelas lagi. (Mata dah berpinar) Semuanya dah disave dalam memori lappy. Yes! Acik klik-klik aje, tak yah taip lagi.


Dugaan dan cabaran belum abes lagi kiranya. Sebab yang Acik dapat setelah Acik save kerja Acik ialah error. Error lagi ... Nak nanges dah ni!

Sampai ler ke hari ini, kerja Acik masih tergantung. Mengganggu Acik nyer blog walking betol lah. Nak jelajah umah member-member kat bloglist pun, tak cinang! Tensyen, sangat tensyen!

Acik nak tanya lagi sekali. Perlukah Acik mengamuk skang? Tumbuk lappy ni skang? Atau hantuk kepala ke dinding? Huwaaaa! Huwaaaaa! Hokey ler, Acik tak mengamuk (Acik kan gadis ayu, tak aci ler mengamuk). Hokey ler, Acik tak tumbuk lappy (mahal oooo). Hokey ler, Acik tak hantuk kepala ke dinding (sakit oooo). Acik cuma nak -



















jelirkan lidah kat korang sumer ...
Bluekkkkk!!! Hokey, dah tak tensyen daaaaa ... Heheheeee. Cayang korang sumer! Jom blog walk!

Friday, July 29, 2011

Ubat yang Paling Mujarab


Sangat senang. Rugi kalau tak tahu yang ini. Pasni, jom kita amalkan ubat yang paling mujarab ni. Ubat apa?

Tahukah korang apakah surah yang paling agung? Tidak lain tidak bukan ialah surah al-Hamd iaitu surah pembukaan al-Fatihah. Inilah dia ubat yang paling mujarab itu - surah al-Fatihah.

Jika dibaca dengan penuh keyakinan dan keimanan, InsyaAllah akan sembuhlah semua jenis penyakit, tak kira ler yang zahir ataupun yang batin (sakit jiwa kot ni).

Syaitan menangis, meraung dan mengoyak-ngoyak rambutnya tatkala terjadinya 4 perkara:
  1. Apabila ia dilaknati
  2. Apabila ia dihumban keluar syurga
  3. Ketika Nabi Muhammad s.a.w diberi taraf kenabian dan kerasulan
  4. Ketika Surah al-Fatihah diturunkan.
  • Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang
  • Segala puji bagi Allah - Tuhan sekelian alam
  • Maha pemurah lagi Maha penyayang
  • Yang menguasai hari pembalasan
  • Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
  • Tunjuki kami ke jalan yang lurus
  • Jalan orang-orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacalah surah al-Fatihah berulang kali. Atau apa yang disarankan adalah seperti berikut:
  • Baca al-Fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardu Subuh. Dalam bacaan ini, ayat pertama dan kedua disambung. Huruf (mim) dalam nir-Rahim disambung terus dengan (lam) dalam alhamdu-lillahi. Yang lain-lainnya dibaca seperti biasa iaitu berhenti di hujung ayat.
Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Info ini Acik petik daripada 'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian' yang ditulis oleh Sheikh Hakim Moinuddin Chishti dan diterjemahkan oleh Rozali Md Isa.

Wednesday, July 27, 2011

Masa Asyik Mencemburui Daku



Adesss ... Masa asyik mencemburui daku. Naper kah? Jangan tanya! Masa memang cenggitu. Kedekut waktu. Diri sendiri yang kena ubah, bukan ubah waktu. Faham?

Inilah di antara persoalan yang sejak sekian lama menghuni benak Acik. Mendapat tempat khas di satu sudut istana pemikiran Acik. Huh, dah lama dok kat situ. Berlegar-legar. Kadang-kala die geletek lak kita. Kadang-kala dia sepak terajang nye kita. Sekali-sekala ada gak ler taim dia tido. Kacau betul! Dah ler duduk free, tak bayar sewa pun. Haishhhhh ... (Perhatian! Mengeluh adalah dilarang. Ia adalah satu perbuatan yang tidak digalakkan. Harap Maklum!)

Eh, korang ada tak parasit camni kat benak korang? Ada tak? Ko nak wat itu. Ko nak wat ini. Tapi, dia kata 'Alaaah, nanti lah!' So, ko pun nanti lah! Tapi kemudiannya, bila lagi sekali ko nak perkara tu, dia kata plak 'Alaaaah, dah tak sempat lah! Tak payah wat lah!' Plak!

Jadi, banyak le mende yang ko nak wat tapi tak terbuat. Bukannya ko tak nak wat. Nak! Cuma tak sempat! Tak dan! Tak cukup masa! Agaknya, orang lain dapat 24 jam sehari. Tapi ko cuma diberi 12 jam jer kot. No wonder ler orang lain sempat tapi ko tak ... :)

Camana ni? Asyik dok salahkan waktu aje.

Kalau dah terlalu kerap terjebak dalam masalah tak sempat nak buat itu ini, agaknya kena enrol dalam kursus pengurusan waktu kot. Urus waktu tu dengan bijak. Bukan main taram jerr. Tahu ler kerja tu memang banyak. Dan semakin banyak. Tak pernah susut. Asyik tambah dan tambah lagi ... Tapi kalau time management tu super duper efisyen, bagilah apa saja, tentu dapat disiapkan dalam time frame yang diberi. Kan? Kan? Kan?

Pada Acik, yang paling penting dalam mengurus masa ialah prioritize. Acik buat list senaraikan yang paling penting kat atas sampai ler yang buat tak apa, tak buatpun tak apa (heheheee ...) kat bawah sekali. Ada masa-masa Acik selitkan kerja yang baru tiba ke senarai tersebut, ikut kepentingannya. Ada masa lain tu, Acik cross mana-mana yang Acik tiba-tiba rasa tak brapa penting lak! Makna nyer, list tu tak rigid ler. Sentiasa berubah-ubah ikut keadaan. Ikut keadaan, bukan ikut perasaan taw. Alaa ... bukannya list yang proper pun. List conteng-conteng jer, Acik sorang jer paham agaknya. Heheee ... Memang list tu untuk rujukan Acik saje pun.

Kerja kita ni kan ada yang important and urgent. Arahan kementerian nih, do it now! Huh, dok atas sekali tu. Ada gak yang important tapi tak urgent. Contohnya nak kena analisa data untuk kegunaan mesyuarat seterusnya. Releks ler sikit. Kena buat tapi tak perlu skang! Tak important tapi urgent. Macam kalau ada orang nak promote software ke hape ke untuk kempeni ko. Camne pun kena jumpa gak, kan! Dah ada appointment, kena ler jumpa. Tapi mungkin ko tak perlukan pun apa yang dia offer tu. Tapi penting kena layan gak sebab ko tak tahu suatu hari nanti ko mungkin perlukan orang camni. Layan aje ler. Tak important, tak urgent. Kehkehkehhh ... Kalu Acik, lunch ler ni. Memang Acik selalu skip lunch pun. Jaga badan ler! Jangan kutuk! :)

Multitasking pun penting gak. Banyak menolong. Pastu kena work smart. Zaman skang ni banyak kemudahan. Contohnya, kalau amik minit mesyuarat tu, terus aje lah guna lappy. Cepat dan senang. Tak payah lagi catat kat kertas dulu, then amik masa pulak untuk taip ...

Korang tentu ada lebih banyak pengalaman cun yang boleh dikongsi di sini. Camner korang manage time korang ah?

Sunday, July 24, 2011

Bencinya Aku Ngan Cikgu Ni

Lina, u sit down. NOW!

Lina jelingkan mata pandang siling, pusing badan membelakangkan Teacher Mie dengan gaya memberontak sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Tak puas dengan itu, Lina sepak kaki kucing kerusinya sehingga terbalik. Ganas budak ni. Kelentang! Budak-budak lain dalam kelas berbisik antara satu sama lain.

Teacher Mie mula panas.


Betulkan kerusi tu balik dan duduk, Lina.

Lina tenung Teacher Mie dengan pandangan penuh hatred. Arrghhhh ... Bencinya aku ngan cikgu ni! Begitulah agaknya raung hati Lina.

Mulut Lina kumat-kamit. Namun butiran katanya tidak jelas kedengaran. Tapi Teacher Mie dapat membaca daripada riak muka Lina betapa budak itu tidak menyukainya.

Lina, kenapa tanda nama kamu dijahit senget ni? Teacher Mie menghulur tangannya memegang tanda nama Lina tapi sepantas kilat Lina menepis tangan guru itu. Teacher Mie terkejut! Dadanya berdebar-debar.

Dengan nada yang dikontrol cun, Teacher Mie lagi sekali mengarahkan Lina supaya duduk.

NO! Jawab budak banyak lemak itu. Kuat dan keras suaranya. Pada masa yang sama, dengan sekali swing, satu penampar singgah di muka Lina. Awwwww ... Cikgu bodoh!

Tapi Teacher Mie cepat sedar yang dia dah terlajak menempeleng budak biadap itu. Lost control. Arrgghhhh!

Apa daya Teacher Mie? Sebagai seorang guru, maruahnya tercabar. Terang-terang seorang pelajar telah membantah arahan guru di hadapan pelajar yang lain. Berlaku biadap! Dan mengeluarkan perkataan yang tidak wajar kepada guru.

Scenario sebegini bukanlah perkara luar biasa di sekolah-sekolah hari ini. Ia menjadi igauan ngeri seorang guru. Mengajar bukanlah satu tugas yang mudah. Have you tried teaching recently? Do you wanna try?

Parents, ask yourselves how you can improve the way your child interacts with adults in their life. Jangan asyik nak persoalkan what the teacher had done to your poor child.

Apa komen kengkawan terhadap situasi di atas?

Thursday, July 21, 2011

Camne Nak Type Gambar Heart Kat Blog

Ai Acik ... ai acik ... kata tak wat tutorial dah. Ni apa nih, tajuk tutorial lagik nih?

Eh tak de lah. Bukan tutorial lah. Acik nak cakap pasal gambar hati cumil yang slalu kita nampak kat tajuk-tajuk blog sana sini. Pernah tengok tak? Cer jeling kat tajuk Pimpin Tangan Acik ... Nampak ♥ tak? Cumil sangattttt!

Acik berkenan lama dah ngan mende ♥ ni. Kiut, kan! Ramai gak yang pakai simbol ni kat blog dorang. Acik pun nak tapi Acik tak reti nak wat. Camne eh?

Apa lagi. Cam biasa Acik start google sana sini ... Sebenarnya nak google apapun Acik tak reti. Tak taw nak tanya apa! Heheheeee ... Tapi, akhirnya Acik dapat jawapan ini!

go to
>> Start Menu
>> Programs
>> Accessories
>> System Tools
>> and then click on character map.

Copy and paste the chart

Owh, copy paste je dari bagai-bagai simbol yang ada. Aparaaa ... very d senang lar! Copy paste ajelah. Nape lah Acik tak terpikir menda basic camtu. Padahal hari-hari memang dok copy paste aje ... Sengal tol! Buang masa aje dok google sana sini. Sengal! Memang sengal! Marah betul Acik kat diri Acik yang sengal tapi pandai ni (jangan cakap orang bodoh taw, tak baik! heheheeee ...)

Jangan ler kutuk Acik. Acik kan budak baru belajar.

Hahaaa ... Kalau korang nak gak simbol comel lote ni, Acik printkan kat sini, ko boleh copy, pastu paste je kat mana-mana korang nak:



































Kalu korang nak simbol-simbol lain, korang ikut step atas tu ler. Takkan Acik nak letak sumer simbol yang ada kat sini ...

Buat sendiri! Acik nak gi blog-walking lak! :)

Wednesday, July 20, 2011

Photoscape Hasilkan Banner Blog yang Cun

Rasa cam blog Acik ni dah jadi blog tutorial plak. Heheee ... tapi sebab Acik dah janji nak tunjukkan cara camne Acik wat banner, Acik tetap buat jugak ler. Mungkin cara orang len ... tak sama, kan!

Acik guna Photoscape  yang amat mudah. Photoscape juga amat sempoi. Halamak ... mudah dan sempoi tu synonym lar.  Oh, hokey, Photoscape is free! Yup, itu yang bagusnya. Tak yah bayar tapi amat memberi kepuasan. Jom kita download Photoscape.

Photoscape ni macam Photoshop jugak lar. Acik suka main edit-edit gambar ... Ya lah, orang tak derk kerja la katakan. Huh, I wish! Hahahaaaa ...

Orang pakai Adobe Photoshop. Tapi Acik tak pernah faham Photoshop nih. Ngan brush dia bebagai-bagai ... Hush, sakit kepala Acik. Acik tak taw mana nak start ngan Photoshop nih. Seb baik, Acik jumpa Photoscape. I laik!

Lagipun Photoshop ni mahal. Manalah Acik mampu! So, I settle with yang murah eh, eh, yang free aje lah!
Kalu korang nak wat banner cam yang Acik buat, download Photoscape here.

Bila selesai download, ada icon Phostoscape kat desktop korang ...


Ko double-click icon tuh! Nanti kuar yang bawah ni ... Acik pilih Animated GIF, klik sekali jer!


Abaikan gambar muka kat atas tuh ... Sape punye kerja ler tu?
Bila ko klik icon Animated GIF, kuar plak yang bawah ni ... Nampak belah kiri tuh, dah beratur dah gambar-gambar yang kita nak guna untuk dijadikan banner. Ops, ko taw tak camner nak sediakan gambar-gambar ni? Taw kan? Taw ler ... Ko print-screen aje and then ko crop. Save dalam picture kat lappy ... Heheheeee!

So, ko klik gambar first and drag, seret ke tengah. Ikut arrow dalam gambar.


Pastu drag gambar second lak! Seret ke tengah gak. Bila dah ada more than a picture kat tengah tu, animasi dah start. Otomatik, gambar korang dah mula berjoget-joget.


Suka tak? Korang masih boleh adjust timing dan effect ... ko cuba ler dulu! Klik part yang arrow tunjuk tu!


Ko boleh gak ubah kedudukan gambar, yang mana kuar first, second dan seterusnya ...


Pastu, kalu rajin ko godeks lagi sana sini yer! Manalah taw ko akan jumpa sesuatu yang umphhhh!

Last skali, save. Nipun otomatik dia akan save dalam picture korang. Pastu ko upload ler ke blogger cam biasa ... Kasitaw Acik k jadi ke tak! :)

Gud luck!

Inilah hasil yang Acik wat sambil buat tutorial ni :


Haaa ... AnisMelon, kalu suka, right click aje dan copy link location untuk url banner atas nih. Acik halalkan ... Heheheeee!

Engkorang boleh hasilkan macam-macam ngan Photoscape : Ayat copy paste dari Photoscape.com

Photoscape Key Features
* Viewer: View your folders photos, slideshow
* Editor: resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming
* Batch editor: Batch editing multiple photos
* Page: Make one photo by merging multiple photos at the page frame
* Combine: Make one photo by attaching multiple photos vertically or horizontally
* Animated GIF: Make one animation photo with multiple photos
* Print: Print portrait shot, carte de visite, passport photo
* Splitter: Divide a photo into multiple parts
* Screen Capture: Capture your screenshot and save it
* Color Picker: Zoom in screen on images, search and pick the color
* Rename: Change photo file names in batch mode
* Raw Converter: Convert RAW to JPG

Tuesday, July 19, 2011

Buy One Get One Free

Kawan-kawan, lai lai!! Meh sini ... Acik nak kasi taw sal best nyer promo!

Straight to the point, tak yah beat around the bush. Wah, sekali dua kala Acik speaking English, boleh tahan gak, ye! Eh, betul ke penggunaan idiom nih? heheheeee ...

Acik jarang update blog 2 kali sehari! Tapi sebab yang ini mesti update skang gak! Penting ni ..  Penting giler ni! Kena update skang gak lar! Uishhh ... sayang betul ler Acik kat korang sumer! :)

Tau tak, pak cik McDonald telah bermurah hati buat Buy One, Free One promo! Dulu, Acik dah kasitaw korang sal promo Chicken McNugget. Buy 1 Free 1 gak! Kali ni, double cheeseburger lak! Kalu korang beli double cheeseburger, bayar satu jer, dapat satu lagi free! Jom la wei .. pi McDonald. Hah, tak yah nak suh Acik yang belikan. Tak nak belanja korang ... Acik kabarkan promo best ni dah kira buguih sangat dah ni! Kalu Acik diam-diam pi makan sorang-sorang, tak laku plak McDonald tu nanti. Come to think of it, McDonald yang patut belanja Acik nih!

Ko pi la beli satu cheeseburger. Yang free tu, kasi Acik. Senang aje nak belanja Acik ni. Tak rugi satu sen pun .. (hiks!)

Double double cheese ... cheeseburger burger, please! Cepat, 18 - 20 Julai saje ...

Sila jangan print kupon kat atas tuh. Itu cumer gambar wat hiasan aje ...

Print kupon kamo di sini : Buy 1 Get 1 Free at McDonald.

Jom makan double cheese burger. Burppp! (Burp kecik sambil tutup mulut). Alhamdulillah! (Ish .. penuh sopan santun betul ler Acik ni! Tak ada orang nak wat menantu ke?) Erkkkk ... heheheeee!

Kalo makan double cheeseburger tuh (double tuh), jangan lupa pesan Acik kat Makan Makan dan Makan Lagi! :)

Monday, July 18, 2011

Makan makan dan makan lagi

Hahahaaaa ... best tak tajuk hari ni?

Makan, makan dan makan lagi! Apa tu? Makan aje? Lagi dan lagi ... Acik ke yang makan tak berenti? Ke iPai (terima kasih sebab komen bertubi-tubi kat Pimpin Tangan Acik smalam), or Anif Abdullah (tq sb jadi follower Acik yang terkini .. sape ler follower Acik pasni ye?) ataupun Yann di Sabah (Acik follower Yann yang ke 1000 - wow!)

Sape yang makan banyak ni? Haishhhh ... Sumer yang kat atas tuh tak makan banyak ler! Especially Acik, maintain slim kering jer! Heheheeee ...

Tahu tak perut yang diisi ngan makanan yang banyak (walaupun dari sumber yang halal) sebenarnya menguatkan syahwat! Aups ... biar betul! Tapi inilah info yang Acik dapat daripada pembacaan sebuah buku. Skang ni Acik tengah syok baca buku Sifat-sifat Hati Manusia karya Mohd Ariff Tam.

Dan ... dan syahwat itu adalah machine gun yang digunakan oleh syaitan untuk menembak manusia. Prep pet pet pet pettttttt! (Pret pet pet ni bunyi machine gun tu taw, korang jangan pikir yang lain-lain) Abes berlobang-lobang ler badan korang sumer.

Riwayatnya, Nabi Yahya a.s. pernah bertanya akan iblis tentang periuk-periuk berisi makanan dari segala jenis yang dibawa oleh iblis itu. Jawab iblis:
'Semua ini adalah syahwat-syahwat yang aku gunakan untuk menggoda manusia. Apabila engkau telah kenyang aku akan membuatmu berat untuk menunaikan sembahyang dan mengingati Allah'

Ouh, itu ke yang dimaksudkan dengan syahwat? Engko ni, apa yang korang fikir tadi? Ish ish ishhhh ... Maksud sebenar syahwat ialah keinginan diri kepada perkara-perkara yang menyeronokkan dan melazatkan. Bahasa Arab nih! Kita aje yang sempitkan erti syahwat kepada 'yang itu ...' Malas ler Acik nak sebut sebab korang semua dah tahu, kan! Tersipu-sipu malu ...

Kalu korang makan gak dengan lahap dan gelojoh, terjadi ler enam perkara:
  1. Hilang dari hati akan rasa takut kepada Allah - Ya Allah, jauhkan kami daripada mala petaka!
  2. Hilang dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain semuanya kenyang belaka - kita ingat orang lainpun sama perut sendat macam kita ... erkkkk!
  3. Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajiban - dah masuk berkilow, memang ler berat!
  4. Tidak sedikitpun tertarik hati kepada kata-kata berhikmat yang didengarinya - hatipun jadi mati!
  5. Apabila ia memberi nasihat dan ajaran, nasihat dan ajarannya itu tidak dapat menarik hati orang lain - ntah-ntah nasihat dan ajarannya tentang makanan je ... heheheeee!
  6. Banyak makan itu sering menimpakan berbagai penyakit - amik ko, perut kenyang tp badan sakit buat apa?
Kesimpulannya, apa saje yang kita buat, mestilah berpada-pada. Jangan berlebihan. Jangan keterlaluan. (Kecuali bw kot - heheheeee ... penyakit siber nih! Susah tol!)

Sunday, July 17, 2011

Macamana Buat Link Komen Selepas Setiap Entri



Kalu korang bukak main page blog http://pimpintangan.blogspot.com/, setiap entri Acik cam kat atas tu ler ... Right below tajuk, ada comment counts! Sila rujuk arrow merah dalam gambar. Boleh taw dah brapa orang yang komen. Bes gitu ... cuma yang tak best nyer, bila Acik wat entri panjang berkilow, korang sumer tak nak komen dah! Sebab? Acik taw sebabnya ialah bila korang dah berada jauh di akhir entri, korang tak mo skrol balik ke atas semula nak cari comment counts tu untuk diklik! Kan? Kan? Kan? So, lepas abes baca, korang chow ajer! Tak komen pun! huhuhuuuuu ...

Tapi kalu korang memang bukak individual post, len citerr la ..

Tak apa, tak apa ... Acik tak marah! Bukan salah korangpun. Dah jalan jauh, tak kan nak patah balik, kan! Leceh! Memang! Memanglah leceh sikit bila kita dah jauh ke bawah, pastu nak naik balik ke atas semata-mata nak komen! Huh, kerja berat tuh! hih hih hihhhhh! Ops, ada yang terasa?

Jadi, Acik pun mula wat operasi godek bergolek .. adjust ler koding tu sikit sini, sikit sana, golek kiri, golek kanan ... Sampai ler Acik dapat buat satu lagi link komen untuk korang guna, nun right after the end of the entry! Hah, now korang dah tak ada excuse untuk tak komen lagi, k! Kat tajuk tuh ada button komen. Kat akhir entripun boleh tekan. Pilih ajer ... Janji korang komen! Hihihiii ... Acik suker! Tenkiu and tenkiu!

Meh ler Acik ajar korang camner nak wat link komen lagi satu kat bawah entry ... Kalu template korang ni jenis yang sama macam Acik ler ... Kalu butang komen korang memang dah kat bawah, don't worry, tak yah susah-susah nak baiki lagi, k! Butang komen memang sebaiknya berada di akhir entri. Senang orang nak komen selepas habis baca, kan!

Bagi yang nak belajar, meh masuk kelas bersama Acik!

Keperluan kelas:
Mesti ada -
  • blog
  • laptop
  • internet connection
Ah, itu ajelah! Kringggggg ... kelas bermula!

1) Go to Design, then edit html
2) Download your full template dulu, kot-kot something went wrong.
AMARAN KERAS: Jangan menyesal kemudian. Jangan sekali-kali saman Acik lak kalu ko buat tak menjadi tawwww!
3) Tick Expand Widget Templates
4) Cari kod ini: guna 'ctrl+F' kalu nak senang!

<div class='post-footer-line post-footer-line-2'>
Kadang-kadang rupa die camni - <div class='post-footer-line post-footer-line-2'/>

5) Paste kod kat bawah betul-betul lepas kod yang atas tadi:

        <br/>
      <span class='feedback'>
        <b:if cond='data:post.allowComments'>
            <a class='comment-link' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><span style='color: green; font-style: italic;'>Wajib komen di sini taw!</span></a>
        </b:if>
       </span>

6) Jangan lupa tukar kaler text (hijau), jenis font (purple) dan ayat korang sendiri (merah) kalau mahu. Heheheee ... kecuali kalu memang ko suka ngan ayat 'Wajib komen di sini taw!' Tapi Acik sangat tidak menggalakkan korang menggunakannya! Kehkehkehhh! Cari ayat lain yang penuh budi bahasa, orait! Acik punyer camni:
Click here to comment n make Acik happy! Tq! :)

Last skali, jangan lupa save!

Camner, jadi tak? Hoteh, ada soklan murid-murid?

Kringgggg! Kelas tamat! Bye! Esok datang lagi yer!

Saturday, July 16, 2011

Jom Cross Stitch

Salam semua! Morning!

Apa kata di pagi hari ini kita rajinkan diri buat cross-stitch! Acik kasi korang pattern yang sempoi dulu ... Jom! Jom lar!


Walaupun sempoi, cantik, kan? Jom lar!
 Boleh buat sarung kusyen ke, alas dulang ke, framekan ke ... Kasi kat Acik pun boleh! heheheheeee ...


Selamat menjahit!

Tuesday, July 12, 2011

First Day of School and iPai

Hari ni Acik nak buat banner untuk iPai! Heheheeee ... Pada firasat Acik, iPai ni sebenarnya sangat pandai kalu bab-bab buat banner. Mungkin dia rasa banner tu tak perlu or belum perlu untuk blog dia, kot! Sebab tu tak nampak pun banner kat sana. Anyway, Acik nak buat jugak. Yalah, bak kata iPai, Acik ni skang:


Passion, beb! That's d word! Acik suka komen ini! :) Acik skang memang dok mengadap komputer, buat banner animasi. Lip lap lip lap ... tukar kaler or tukar gambar. Seronok! Acik tak sempat lah pulak tanya iPai jenis camner yang dia suka tapi Acik pandai-pandai teka dia suka yang bawah ni: (Alaaah, yang tukar-tukar kaler tu pompuan ler ...) Heheheeee ... Risau gak kot-kot iPai nak yang kaler-kaler lip-lap tuh! heheheee ...

So, this banner is for you! Thank you for supporting my blog! :) (Pasni Acik wat utk Ashafanie lak eh!)


Hmmm ... Acik terjumpa entri bes ni semasa BW smalam, terus Acik nak share ngan korang ari ni! heheheeee ... Sebenarnya Acik tak derk modal nak mengarang ari ni ... Blur sebab dok nampak banner jer ...

Sinar mentari menyilaukan kilatan pada sepasang baju putih. Matahari pagi bersinar melalui tingkap terbuka bilik tidur Ethan, menerangi lipatan pakaian baru dan sepasang kasut berkilat. Kelihatan juga Squirts, anjing kesayangannya dengan ekornya bergerak-gerak. Ethan, bagaimanapun, yang telah terjaga sejam lebih awal, berbaring di katinya, mengagumi pakaian barunya yang putih bersih dan memikirkan hari-hari esok yang bakal datang. Dia senyum sendiri.

'Squirts,' Ethan memanggil anjingnya, 'Ini adalah hari yang paling penting dalam hidup Ethan. Apa yang Squirts fikir akan berlaku hari ini? 'tanyanya penuh semangat.


Squirts menjilat muka tuan muda beliau, dia boleh merasakan bahawa sesuatu yang berbeza yang akan berlaku hari ini. Sesuatu yang penting.

'Hari ini, Squirts, adalah hari pertama Ethan bersekolah dan Ethan tidak sabar untuknya. Squirts tidak boleh ikut Ethan, tetapi Ethan akan cepat pulang ke rumah selepas sekolah dan kita akan berbual tentang hari yang penuh bermakna ini nanti'.

Ethan berpakaian dengan cepat. Dia sendiri kagum melihat dirinya yang dirasakan begitu hensem di dalam cermin itu. Dia kelihatan cukup bijak berpakaian begitu. Squirts juga merasakan tuannya begitu hebat berpakaian sekolah dan melompat-lompat kegirangan mengelilingi Ethan. Kedua-dua mereka teruja dan sangat gembira. Pada waktu sarapan, dia begitu gementar, Ethan tidakpun menyentuh bijirin kegemarannya, dan sentiasa melihat jam dapur untuk memastikan dia tidak ketinggalan bas sekolah. Ethan berbisik kepada dirinya sendiri bahawa dia akan menyukai sekolah.

Dalam dewan utama, semua kanak-kanak berkumpul di hadapan Pn Harmoni, guru besar. Pn Harmoni mengalu-alukan semua murid baru dengan senyuman yang manis, dan kemudian disambut dengan mesra oleh murid-murid. Beliau memuji yang semua murid-murid nampak bergaya dengan baju baru yang cantik. Beliau juga berkata bahawa setiap orang yang mula sekolah sentiasa mendapati bahawa hari pertama adalah hari paling lama hidup mereka. Selepas itu, beliau memberi jaminan kepada mereka, setiap hari semakin pendek dan pendek. Murid-murid yang lebih tua ketawa mendengarnya. Ada yang menggelengkan kepala dan berkata "Tidak, Pn, hari persekolahan menjadi semakin lama dan lama ...! ' Kemudian, Puan Mendlessohn memainkan piano dan mengumumkan bahawa mereka semua akan menyanyikan lagu sekolah.

Selepas nyanyian, Ethan merasakan bahawa dia akan dapat menghafal lagu sekolah dengan senang. Dia merasa sungguh selesa dan lebih menyukai sekolah. 

Kemudian, murid-murid baru dibariskan mengikut kelas masing-masing. Guru kelas Ethan ialah Puan Symeou, seorang wanita berbadan kecil dengan rambut hitam pendek, bermata coklat dengan tahi lalat besar di dagunya.

'Selamat pagi semua,' dia mengumumkan, 'Nama saya Puan Symeou dan saya adalah guru kelas anda.' Pn Symeou bermula dengan kelas Pendidikan Seni.

Jantung Ethan berdebar kegirangan kerana dia benar-benar meminati seni dan apa saja yang ada kaitan dengan lukisan. Pn Symeou meletakkan beberapa pensil warna dan empat kepingan kertas besar di setiap meja.

'Sekarang, kamu boleh melukis apa-apa yang kamu suka, dan saya hanya ada dua peraturan. Yang pertama adalah kamu menggunakan seberapa banyak kertas yang boleh, dan yang kedua ialah kamu menulis nama kamu di bahagian atas lukisan kamu, itu sahaja. Hanya dua peraturan! '

'Kamu ada tiga puluh minit untuk menyiapkan lukisan kamu. Saya tidak mahu mendengar apa-apa perbualan dan kamu boleh mula sekarang. '

Kebanyakan murid-murid hanya merenung helaian kertas yang diberi, kehairanan dan ketakutan. Ethan, bagaimanapun, mengetahui apa yang beliau mahu lakukan. Ia adalah sesuatu yang beliau telah banyak kali buat. Dia akan lukis potret Squirts, kekasihnya. Apabila kawan sebelahnya, Isabella melihat garis besar anjing yang terdapat di atas kertas Ethan, dia tersenyum dan berbisik bahawa dia akan melukis kucing kesayangannya.

'Jangan bercakap dalam kelas saya. Faham? '

Ethan terlalu asyik dalam karyanya untuk melihat apa yang murid lain telah lakukan, dan terkejut menyedari betapa cepat masa berlalu. Puan Symeou kemudiannya mengutip semua hasil seni murid-murid. Beliau membelek-belek lukisan tersebut sambil memberi komen tentangnya.

'Alice Carpenter. Kamu mempunyai lukisan yang baik, tetapi kamu tidak menggunakan seberapa banyak kertas yang anda boleh. Lukisan kamu hanya meliputi saiz penumbuk saya. ' Karya Alice itu diletakkan di tepi.

'Jack Harvey. Roda pada kereta bapa kamu semua mempunyai saiz yang berbeza. Saya tidak akan menaiki kereta seperti itu. ' Kertas Jack diletakkan bersama dengan kertas Alice.

'Isabella Nicholson.' kata Puan Symeou, 'kucing kamu sangat cantik dan menarik. Kepalanya ialah saiz yang sesuai untuk tubuhnya. Saya suka matanya yang besar yang berwarna coklat gelap dan misai itu hebat. Syabas. '

Akhirnya, hanya lukisan Ethan yang tinggal. Ethan amat pasti Pn Symeou akan memuji lukisannya. Ethan memang pandai melukis. Keluarganya sering memuji lukisan-lukisannya. Ethan senyum. Dia dapat merasakan bahawa dia akan menggemarkan sekolah dan berhasrat menjadi pelajar terpintar di sekolah. Dia senyum lagi.

'Murid-murid,' kata Pn Symeou, 'Saya mahu kamu semua lihat dengan teliti apa yang akan saya lakukan ini.'

Satu deretan wajah muda merenung penuh kekaguman pada lukisan Ethan yang dipaparkan oleh Pn Symeou. Satu deretan wajah muda mengikut Puan Symeou semasa beliau mengelilingi kelas sambil mempamerkan lukisan tersebut. Satu deretan wajah muda merenung dengan mata terbeliak kengerian ketika guru itu mengoyak-ngoyakkan lukisan Ethan ke cebisan kecil dan mencampakkannya ke dalam tong sampah kelas.

'Hari ini,' beliau mengumumkan, 'Salah seorang daripada kamu telah mempelajari satu pengajaran yang sangat penting yang kamu tidak akan lupa sampai bila-bila. Kamu telah mempelajari apa yang berlaku jika kamu tidak menulis nama kamu di bahagian atas lukisan kamu '

Huhuhuuuu ... Memanglah, Puan Symeou telah dipanggil oleh guru besar kerana kejadian ini. Tapi, luka pada Ethan telah tercalit dan parutnya tetap akan ada. Betullah kata Pn Symeou yang Ethan tidak akan melupakan kisah itu sampai bila-bila ...  Walaupun kini Ethan telah dewasa dan Squirts telah lama tiada, tetapi Ethan tidak pernah lupa hari pertamanya di sekolah.

Adussss ... sedih, kan! Eh, apa kisah hari pertama sekolah korang? Ada tragis macam Ethan?

Friday, July 08, 2011

Nikmat yang Seringkali kita Lupa

Aduh, siksanya hidup aku!
Kenapalah ...
Mengapalah ...
Apalah ...
Bagaimanalah ...
Alaaaa ...
Urghhhh ...
Haishhhhh!
Aduhhhhh ... beratnya masalah aku ni!
Asyik-asyik aku yang kena, asyik-asyik aku yang ditimpa bencana!
Urghhhhh!
Arghhhhhh!
Ishhhh!
Itulah manusia! Itulah kita! Seringkali mengeluh! Acapkali merintih! Kita sentiasa merasa ditindas. Tertindas! Beratnya dugaan dan cabaran.


Salam Jumaat kengkawan! Semoga hari ini lebih baik dari semalam!

Hari Jumaat yang cantik ini, macamana kalau Acik ajak kawan-kawan fokus kepada nikmat yang Allah bagi buat kita! Banyak kan nikmat-nikmat tersebut? Terlalu banyak sebenarnya sehingga tak ternilai dengan kata-kata. Nikmat datang dari segenap ceruk! Nikmat datang bertimpa-timpa! Tapi kita seringkali lupa akan nikmat tersebut. Kita tak nampak akan nikmat tersebut. Kita tak rasa akan nikmat tersebut! Kita alpa!

Hakikatnya nikmat datang tanpa henti .. bukan sekali sekala ... tapi sentiasa ada. Sedarlah, bila mana kita celik di pagi hari, betapa nikmatnya kerana masih dapat menghirup udara di dunia ini. Kita masih berpeluang memperbaiki diri. Masih dapat bersama orang-orang yang dikasihi. Bila mana kita masih dapat bangun mengerjakan solat Subuh, adusss, nikmatnya itu! Masih dapat rasa sejuk dan nyamannya air, menyegarkan muka dan seluruh anggota badan. Bila mana kita masih dapat mengelipkan mata, itu adalah satu nikmat!

Nikmatnya masih dapat mengatur langkah. Ada kudrat. Pergi ke dapur dan minum air, seteguk, dua teguk ... nikmat kan itu? Sarapan pagi - masih dapat kita nikmati (ops, tengok penggunaan perkataan nikmat dalam ayat tu ...) Nikmat!

Alangkan masa duduk mencangkung atas toilet bowlpun boleh nikmat, ini kan pula bersimpuh bersama keluarga ... Gelak tawa! Berkata-kata ... berkongsi cerita!

Aiii ... kalaulah Acik nak bariskan semua nikmat di dunia, lenguh ler korang baca nanti (sebenarnya Acik yang tak larat nak taip - keh keh keh). Berblog pun nikmat, kan!

Bersyukurlah di atas segala yang Allah kurniakan. Banyaknya nikmat tidak terkira. Alhamdulillah! Segala puji bagiMu, Ya Allah! Terima kasih!

Hatim al-Ahsan mengatakan:

Ada 4 perkara yang hakikatnya hanya boleh diketahui oleh 4 golongan yang pernah merasakannya, iaitu ;-
1. Masa muda tidak terasa nikmatnya, kecuali bagi mereka yang sudah tua
2. Keselamatan tidak terasa nikmatnya kecuali oleh mereka yang terkena musibah
3. Kesihatan badan tidak terasa nikmatnya, kecuali oleh mereka yang sedang jatuh sakit
4. Hidup ini tidak terasa nikmatnya, kecuali oleh mereka yang sudah mati

Adus, takutnya dengan pernyataan yang keempat tu ...

Marilah kawan-kawan :
1. Panjatkan syukur setiap hari, berbilang masa, sekurang-kurangnya sekali sehari. Bersyukurlah atas kurniaan Allah ke atas kita (banyak, kan?)
2. Elakkan daripada mengeluh tatkala menghadapi kesulitan dan ingatlah, kesulitan itu akan tetap pergi bila sampai saatnya ... Senyumlah dan ketahuilah di saat itu nanti, korang akan bersyukur atas semua yang terjadi dan segala yang terjadi adalah untuk mematangkan dirimu.

Nikmatnya hidup ini ... :)

Thursday, July 07, 2011

Acik Acik Bukak Pintu

Jom duet! Lagu lama, k! Lagu P Ramlee orait! :)

Hey, lagu Aci-aci Bukak Pintu ler! Best! Jom!!

Acik jadi Aci and korang jadi Nana ... heh heh hehhhhh! This is fun!

Acik Acik buka pintu
Nana balik hai pukul satu
Jangan takut burung hantu
Nana bawa tongkat semambu


Nana Nana lekas pulang
Acik takut tinggal seorang
Belakang rumah ada jembalang
Mata sepet hidungnya belang

Acik Acik jangan takut
Nana ada hai parang kontot
Hantu syaitan semua kecut
Nampak parang gerenti cabut
.
Kalau Nana bilang begitu
Baru senang rasa hatiku
Kalau datang syaitan dan hantu
Acik pukul dengan penyapu

Yeay .. applause! applause! applause!

Tima kasih sebab sudi melayan Acik k!

Wednesday, July 06, 2011

On a Different Planet

One fine day tuh, Acik berkesempatan swooshhh ... fly out of this world! Wow ... Jom join Acik! :)


Korang dah tengok gambar intro kat atas tuh kan? Ada beberapa gambar lagi taw ... Start enjin. Kita nak mulakan journey to the planet out of earth!

Monday, July 04, 2011

Jom Terbang

Waih ... nak terbang lagi ke? Ke nak nyanyi lagu P Ramlee cam dolu? Lagu Terbang lah Burung Terbang! heheeee ...

Tak .. tak! Kali ni kita naik kapal terbang k! Terbaek woh!



Friday, July 01, 2011

Sudah Kiss Pipi Ayah?

Korang rapat tak ngan ayah korang? How rapat? Rapat rapat? Rapat sangat rapat? Rapat bertempat? Rapat pisau lipat? Atau rapat tersepak-sepak? Alahai ... dah mula da tu ...

Hokeh ler, siyes, siyes! Fokus Acik, fokus!


 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting