Tuesday, December 20, 2011

Keputusan PMR 2011

Sape amik PMR? Or, ada adik, kakak, abang, sedara, mak, ayah .. ops, ngeee .. ada kenal sesape yang amik PMR ari tu tak?

Keputusan PMR akan kuar tak lama lagi. Tuuu ... Dah nampak ubun-ubun die kat corner tu. Dah dekat dah!



Hah, baca ni ...

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011

KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011


Acik copy paste dari web KPM. Wah, hebat tu ... Boleh cek melalui sms jer. Hope tak jam ler. Thumbs up, KPM.

Check online tak boley ke?

Tapi kan ... Acik lebih suka suasana amik result kat sekolah. Happy, sayu, sedih ... bercampur-baur! Rindu ngan bebudak tu!

So, good luck you guys!

3 comments:

Acik Erna said...

hero bungsu acik nak bagi tau dari mingu lepas lagi..tak tau mana dia dapat tau..pandai jugak dia risau.

KhaiRin said...

tingat time pmr dulu...kami call je dr umah sbb skolah jauh nun d kelantan

ANNUR said...

huhu. cuak lah mereka-mereka! :)

 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting