Tuesday, November 29, 2011

Gagal


Setiap kehilangan ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
Gagal? Pernahkah korang gagal? Tak pernah? Atau belum pernah? Hmmmm ...

Apakah korang kini sedang mengharungi kegagalan? Now? You mean, right now? Hmmmm ...

Ko takut untuk gagal? Tak berani menghadapi keadaan di mana korang mungkin gagal? Ouch!

Apakah gagal tiada dalam kamus hidup korang? Tiada? TIADA? Hmmmm ...

Hahahaaa, berapa banyak tanya doh!

Ada orang kata jangan persoalkan tentang kegagalan sebab kegagalan itu negatif. Lebih baik cakap tentang kejayaan. Gagal itu tak wujud sebenarnya. Sebab kalau korang gagal, sebenarnya itu cuma korang belum berjaya. Yah, bukan gagal, cuma belum berjaya. Jadi, teruskan usaha, gigihkan jiwa dan kejayaan akan datang melutut depan korang.

Ooooo ... Gitu eh?

Bila kita 'gagal', ops, silap! Bila kita 'belum berjaya', kita belajar sesuatu yang penting. Yang membawa kita ke arah kejayaan. Tuuu ... nampak tu, kejayaan tengah senyum nak sambut kita tu. Go go gooo ... dah hampir sangat tu. Pergi lah kepada kejayaan. Jangan berhenti separuh jalan.

Kejayaan untuk semua yang ingin berjaya. Kejayaan untuk semua yang berusaha. Cuba, cuba dan cuba lagi. Itulah formula untuk berjaya.

Kejayaan selepas gagal beberapa kali membuahkan rasa seronok dan bangga jauh lebih berganda daripada kejayaan yang datang secara tiba-tiba. Berbaloi, kan! Setelah menempuh perjalanan jauh yang penuh getir, onak dan duri, akhirnya kita sampai ke destinasi. Owh, hebat! Memang hebat!

Jadi ... Bila korang gagal, jangan putus semangat. Jangan kecewa sangat. Kalau kecewa sikit-sikit tu, ok, lumrah manusia. Memanglah kita kecewa bila kita tak dapat apa yang kita idamkan. Tak apa. Tapi cepat bangkit dan mara semula dengan bara api yang lebih hangat. Kejayaan itu milik semua yang pergi mendapatkannya. Yuup, korang yang kena pergi kepada kejayaan kerana kejayaan tidak akan datang terjelepuk ke atas riba korang begitu saja.

Selamat merasai manisnya kejayaan ... Berjaya! I 'like'! Heheheheee ... Wink2*

12 comments:

diana said...

gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Azzah said...

kalau masih terus gagal,usaha lagi..:)

Bro Ahmad said...

gagal mengajar kita untuk berjaya dan maju acik..biar ada gagal baru ada pengalaman untuk atasi kegagalan itu

nuyui a.k.a miss YUI said...

sekali gagal tak bermakna selamanya..
selalu berjaya tak mesti kekal..

KhaiRin said...

kegagalan itu = pengalaman.. kalau tak melaluinya, maka tak de la kehidupan hari ini...

Bidadari Syurga said...

semangat taknak ulang kegagalan... so kena tahu limit sendiri...

ps: entry mcm patritik tahu...

Acik Erna said...

Acik..'belum berjaya'.acik suka ayat tu..

SoLy SoLicious said...

gagal sebab nk bagi kite peluang tuk berjaya!

sue perbs.. said...

ye.. memang sedih klu gagal.. stiap yg brlaku pasti ada hikmah dsbaliknya

mama aini said...

mama pernah gagal mengawal perasaan bila mama disahkan sakit..hu2x..ini termasuk ke dlm kegagalan yg acik maksudkan?..he2x..

L said...

saper xsedih biler gagal.. tp tu bukan lah selamnya..

jom tgk kejap aja..=)

http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html

ahsfantasy24 said...

cuba lagi:)

 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting