Monday, September 26, 2011

Bagaimana Nak Jadi Pandai

Take the quiz!


Acik tahu ramai anak-anak PMR mula memasuki the panic zone skang ni. Heheheeee ... Cian! Ahhh, Acik sendiri sebagai cikgu pun panik gak! Ngeeeee ...


Just do your best! Janganlah takut sangat. Takut sket aje sudahlah. Huh, Acik cakap senang, kan! Orang yang mengalami tu, sakit-sakit perut. Cirit sana sini. Ngeee ...

Terasa banyak benar nak buat, kan! Banyak benar nak study, kan! Memacam. Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang yang banyak benar tu. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Pastu, tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya.

Ingat, jam-jam akhir ni, cikgu sering kali bagi tips terkini. Tips panas. Fresh from the oven. Hih hihhh! So, jangan sesekali ponteng kelas. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.

Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir. Arrgghhhhhh ...

Time-time gini, kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep terpilih aje. Cikgu boleh bantu pilih topik tu. Contohnya kalu Sejarah, baca dulu topik-topik form 3, diikuti form 2 ... last skali, form 1. Kalu Matematik tu, uwat soklan-soklan Paper 2 dulu ... Tanya cikgu strategi apa nak diguna!

Untuk mengelakkan mengantuk ke hape (malas sebenarnya tu ...), janganlah setakat baca .. baca .. baca ... then terus layu dan krohhhhhh, lelap trus! Lain orang lain cara membaca yang berkesan untuknya. Mungkin baca sket, wat peta minda sket, baca balik, catat nota sket, pejam mata (jangan tido) dan hafal then cakap sorang-sorang apa yang dihafal tadi ... Guna highlighter ke, alaahhh ... tak yah nak suruh mak belikan highlighter plak. Kalu tak derk highlighter, guna pen, garis aje isi-isi penting. Pastu, lukis apa yang dibaca ... or buat nota. Buat ler apa yang patut, janji korang belajar!
Teknik hafalan kan ada memacam:

Menghafal kata kunci.
Menggunakan Teknik Ceraian.
Menggunakan Teknik Mnemonik.
Menuliskan fakta-fakta penting pada kad kecil (boleh diletakkan dalam poket sentiasa untuk dibaca bila ada peluang)

6 comments:

Gen2Merah said...

caya lah cikgu acik.. semangat ini lah yang kita mahukan drp seorang pendidik.. hee

Ary said...

wah...caiyuk..caiyuk acik!!

jom join 1st segmen dari saya...huuu...
kalu sudi ler...

NasZ said...

memang seorang cikgu yang berwibawa. good luck to student yang akan amik PMR tahun ni.

MOHD NASER.com

anismelon said...

wah...acik pastikan student student acik bace nie..tips terakhir dr cikgu acik..heeee

Gen2Merah said...

yang penting teknik pembelajaran yang sistematik kan... belajar smart

Azma Liza said...

Terima kasih acik ! :) tips ni sangat berguna :)

 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting