Apa yang best? Kita boleh track siapa copy paste content daripada blog kita. Jom kita explore ...
Tiap kali somebody copy your content pastu paste kat tempat lain, email ke, blog ke, website ke ... Tynt akan tambahkan URL link blog korang di akhir content tersebut. Best, kan! So, automatically, korang dapat kredit seperti sepatutnya! Dan kita juga dapat track siapa yang copy paste content kita ...
Namun, perlu diingat, kalau pengkopi itu memang kental mencuri kontent korang dengan niat untuk menjadikannya seperti haknya sendiri (ish ish ishhh ...), memang senang saja dia delete URL link korang tu ... Sedey! Huk huk hukkkk!! Tak pe, anggap saje sebagai sedekah. Sigh! Sedekah terpaksa. Hahahaaaa ...
Anyway kita lupakan orang jenis camtu! Kita kembali kepada tutorial kita. Nak install Tynt, kan? Jom ...
Pergi ke Tynt untuk mendaftar:

Isikan:
- domain (url korang tanpa http://)
- email (mesti aktif sebab nanti report akan dihantar ke address ni)
- password (reka yang senang diingat, k)
- password lagi sekali (to confirm)
Pastu, klik Sign Up. Tahniah, akaun anda telah disempurnakan. Horey!!
Korang akan dibawa ke page ni:

Copy code dalam kotak merah tu. Pastu, buka tab baru. Jangan korang tutup dulu web Tynt ni ... Kita tinggalkan kejap jer dulu!
Buka blogger (guna tab baru, tau!). Pergi ke 'Design' pastu 'Edit Html'. Dalam kotak kod html blog korang, scroll sampai ke paling bawah sekali dan cari kod '</body>' (ada kat bahagian last-last tu) dan pastekan exactly sebelum '</body>' ni. Kalau tak jumpa juga '</body>' tu, gunakan kotak Find kat bawah tu - arrow hijau. Type je </body> dan enter, gerenti korang akan jumpa di mana kod tu ...

Pastu, Save Template. Voila! Done! Very d easy mahhhh! Hahahaaaa ...
Eh eh, menjadi ke installation korang ni? Jom kita terai test tengok! Moh!

Cuba copy sumtin daripada blog korang. Nasha copy Palm Garden Hotel ni ... Then Nasha paste kat New Post, konon-konon nak wat post baru ler! Tengok apa yang kuar ...

Nampak tak url link Nasha kat bawah tu? Haaa ... itulah dia apa yang Tynt boleh buat. Kita dapat kredit untuk content kita walau di mana ia dipastekan.
Succeed! Yeay!! Ops, belum quite abeh lagi lar! Jom kita kembali ke web Tynt tadi ... Korang masih buka, kan? Orait!

Korang pergi ke 'Account Setting'. Korang akan dapat macam page kat atas tuh. Tengok arrow merah tu. Check yang ini dan isi email address kalau korang nak Tynt hantarkan laporan copy paste, itu ini begitu begini ... kepada korang. Atau boleh saja kalau korang nak log in ke web Tynt untuk laporan tersebut.
Arrow hijau tu pulak, korang Off kan kalau korang nak Tynt blok tracking copy paste kat blog korang sendiri. Sukoti korang ler. Kalau korang nak wat yang ini, wat selepas korang testing samada installation korang tu menjadi ke tidak, k! Jangan korang Off kan awal-awal, nanti tak leh test lak!
I guess that's it lar. Korang tengok-tengok ler sendiri kat web Tynt tu kalau-kalau korang jumpa sumtin yang best. Boleh ler korang share kat sini. Setakat ni, korang rasa camne? Best tak Tynt ni? Nak guna tak?

1 comment:
banyak la tutorial acik. boleh guna ni :)
Post a Comment