Tuesday, September 21, 2010

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis PMR 2010

ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas soalan objektif aneka pilihan atau kertas soalan subjektif atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan PMR 2010.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekiranya terdapat kesilapan maklumat serta mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan Kemasukan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.

2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

2.4 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mestilah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

2.5 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas soalan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran.

3. ARAHAN TENTANG KERTAS SOALAN
3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas soalan bagi memastikan calon mendapat kertas soalan yang betul.

3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas soalan yang salah atau tidak lengkap.

3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada halaman hadapan dan halaman belakang kertas soalan sebelum peperiksaan dimulakan.

4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN
4.1 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada kertas soalan.

4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada kertas soalan dan kertas jawapan sama ada pada Buku Jawapan (BJ), Helaian Tambahan (HT), peta, graf, kertas kaligrafi dan sebagainya.

4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

4.4 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan HT. Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu.

4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan seperti yang tertera pada kertas soalan. Calon tidak perlu menyalin soalan.

4.6 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam bahasa Melayu kecuali bagi kertas soalan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa-bahasa lain.

4.7 Calon hendaklah membawa peralatan geometri dan peralatan lukisan bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

4.8 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul pada setiap helaian skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis. Pastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat.

4.9 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas soalan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan.

5. ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)
5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.

5.3 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab semua soalan.

5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.

5.5 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadam sehingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.

5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk kertas JOB dan JOTB.

5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada kertas JOB dan JOTB.

D. AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2010 ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Dilarang membawa masuk kalkulator saintifik yang boleh diprogram masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

3. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

4. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

5. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

6. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.

7. Dilarang mendedahkan kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

8. Dilarang menukar kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain.

9. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

10. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

11. Dilarang membawa keluar kertas soalan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan.

12. Dilarang membawa keluar kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan dari dewan/bilik peperiksaan.

13. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.

14. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.

15. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

16. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.

17. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

18. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
18.1 Keseluruhan keputusan peperiksaan digantung;
18.2 Keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan;
18.3 Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan;
18.4 Keseluruhan peperiksaan pusat berkenaan dibatalkan.



 ARAHAN KHAS

23/1  Geografi  Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan Geografi Kertas 1 hendaklah membawa peralatan geometri.

50/2  Mathematics  Kertas 2
Calon yang mengambil kertas soalan Mathematics Kertas 2 hendaklah membawa peralatan geometri. Calon tidak dibenarkan menggunakan kalkulator.

02/2 Bahasa Melayu  Kertas 2
12/2  Bahasa Inggeris  Kertas 2
32/2  Bahasa Cina  Kertas 2
33/2  Bahasa Tamil  Kertas 2
45/1  Pendidikan Islam  Kertas 1
Calon dikehendaki menjawab dalam Buku Jawapan (BJ).

50/2  Mathematics  Kertas 2
55/2  Science  Kertas 2
Calon dikehendaki menjawab dalam kertas soalan.

Kertas Soalan Tertutup
76/1  Kemahiran Hidup Bersepadu
Kemahiran Teknikal  Kertas 1
77/1  Kemahiran Hidup Bersepadu
Ekonomi Rumah Tangga  Kertas 1
78/1  Kemahiran Hidup Bersepadu
Pertanian  Kertas 1
79/1  Kemahiran Hidup Bersepadu
Perdagangan dan Keusahawanan  Kertas 1
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyerahkan baki kertas soalan Kemahiran Hidup Bersepadu Kertas 1 kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengumpul semula kertas soalan Kemahiran Hidup Bersepadu Kertas 1 selepas tamat waktu peperiksaan mata pelajaran berkenaan dan menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PMR 2010

SELASA   5 Oktober 2010
08:00 pagi — 08:10 pagi
Ketua  Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat
08:10 pagi — 09:10 pagi
02/1  Bahasa Melayu Kertas 1  (1 jam)  Objektif Aneka Pilihan

09:40 pagi — 09:50 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan
 09:50 pagi — 11:50 pagi
02/2  Bahasa Melayu Kertas 2  (2 jam)  Subjektif

02:20 petang — 02:30 petang
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan
02:30 petang — 04:30 petang
45/1  Pendidikan Islam  Kertas 1  (2 jam )  Subjektif


RABU 6 Oktober 2010
08:00 pagi — 08:10 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat
08:10 pagi — 09:10 pagi
12/1  Bahasa Inggeris Kertas 1  (1 jam)  Objektif Aneka Pilihan

09:40 pagi — 09:50 pagi
KetuaPengawasPeperiksaanmengarahkancalonmengisibutiranpada muka hadapan Buku Jawapan
09:50 pagi — 11:20 pagi
12/2  Bahasa Inggeris Kertas 2  (1 jam 30 minit)  Subjektif

02:20 petang — 02:30 petang
KetuaPengawasPeperiksaanmengarahkancalonmenyemakbutiranpadaKertasJawapanObjektifBermaklumat
02:30 petang — 03.45 petang
23/1  Geografi  Kertas 1  (1 jam 15 minit)  Objektif Aneka Pilihan


KHAMIS 7 Oktober 2010
08:00 pagi — 08:10 pagiKetua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada kertas Jawapan Objektif Bermaklumat
8:10 pagi — 9:10 pagi
55/1  Science Kertas 1  (1 jam)  Objektif Aneka Pilihan

10.20 pagi — 10.30 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan
10:30 pagi — 12.00 tengah hari
55/2  Science Kertas 2  (1 jam 30 minit)  Subjektif

02:20 petang — 02:30 petang
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat
02:30 petang — 03.45 petang
21/1  Sejarah Kertas 1  (1 jam 15 minit)  Objektif Aneka Pilihan


ISNIN 11 Oktober 2010
 08:00 pagi — 08:10 pagi
KetuaPengawasPeperiksaanmengarahkancalonmenyemakbutiranpadaKertasJawapanObjektifBermaklumat
08:10 pagi — 09:25 pagi
50/1  Mathematics  Kertas 1  (1 jam 15 minit)  Objektif Aneka Pilihan

10:30 pagi — 10.40 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan
10:40 pagi — 12:25 tengah hari
50/2  Mathematics Kertas 2  (1 jam 45 minit)  Subjektif

02:20 petang — 02:30 petang
KetuaPengawasPeperiksaanmengarahkancalonmenyemakbutiranpadaKertasJawapanObjektifBermaklumat
02:30 petang — 03:50 petang
76/1  KHB Kemahiran Teknikal  Kertas 1  (1 jam 30 minit)  Objektif Aneka Pilihan
02:30 petang — 03:50 petang
77/1 KHB Ekonomi Rumah Tangga Kertas 1(1 jam 30 minit) Objektif Aneka Pilihan
02:30 petang — 03:50 petang
78/1  KHB Pertanian Kertas 1  (1 jam 30 minit)  Objektif Aneka Pilihan
02:30 petang — 03:50 petang
79/1  KHB Perdagangan dan Keusahawanan Kertas 1  (1 jam 30 minit)  Objektif Aneka Pilihan

SELASA 12 Oktober 2010
08:00 pagi — 08:10 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan  calonmengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan
08:10 pagi — 10:10 pagi
32/2  Bahasa Cina Kertas 2  (2 jam)  Subjektif
08:10 pagi — 10:10 pagi
33/2  Bahasa Tamil Kertas 2  (2 jam)  Subjektif

11:00 pagi — 11:10 pagi
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objekti Bermaklumat
11.10 pagi — 12:10 petang
32/1  Bahasa Cina Kertas 1  (1 jam)  Objektif Aneka Pilihan
11.10 pagi — 12:10 petang
33/1  Bahasa Tamil Kertas 1  (1 jam)  Objektif Aneka Pilihan



Doaku mengiringi setiap calun PMR semoga beroleh kejayaan yang membanggakan. Amin!!
 
Thank you for visiting!

! Pimpin Tangan Acik Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting